Pages

Thursday, February 12, 2009

Kebaya Moden - White Wedding

Buat si tinggi lampai yang mengimpikan perkahwinan serba putih, kebaya moden ini juga sangat sesuai buat mereka yang bertudung.

Modern Dress - Snow White

Modern Kebaya - Purple Lace

Ghotic Wedding, Anyone?

Salah seorang pelanggan kami telah memakai baju ini pada hari persandingannya, kepada bakal pengantin yang berani serta mahukan kelainan, pilihan baju potongan mengikut badan dari kain berwarna hitam, memang sesuatu yang sangat luar biasa. Baju ini juga sesuai di pakai bagi majlis makan malam.


Wednesday, February 11, 2009

Baju Kurung Pink ( Pernikahan & Pertunangan)

Baju kurung tradisional, berwarna merah jambu lembut dari kain chiffon, sungguh ayu dan manis bagi bakal pengantin yang ingin mengenakan busana ini bagi majlis pernikahan. Sesuai juga bagi majlis pertunangan, gabungan selendang labuh, mahkota yang melepak di kepala, di serikan lagi dengan rantai silver labuh melengkapkan persalinan yang simple lagi anggun.

Modern Dress - Golden Roses

Dress modern labuh berwarna putih dengan perincian manik-manik dan bunga-bunga rose dari riben berwarna perang keemasan. Sangat cantik dan ayu bagi majlis memotong kek atau majlis resepsi di malam hari.


The Red Kebaya

The Red Kebaya, bagi bakal pengantin yang berani bermain dengan warna garang, boleh di pakai untuk acara pernikahan (bagi yang mahukan kelainan) , persandingan (sangat sesuai untuk acara malam) dan anggun di kenakan bagi majlis makan malam. Salah seorang pelanggan Semenda Rasa (Mimi - model gambar di bawah) mengenakan pakaian ini bagi majlis pernikahan.



Modern Dress - Titanic Layer

Semenda Rasa turut menyediakan dress moden bagi acara malam atau bagi acara memotong kek dan persalinan. Kami mempunyai pelbagai design mengikut citarasa anda.

Bagi pengantin bertudung, kami juga memiliki white dress yang bersesuaian (menutup aurat) untuk anda. Juga kepada bakal pengantin yang mahukan pakaian yang tidak terlalu terbuka serta sopan.

Pengantin Bertudung

Senarai Harga ( February 2009)

Pelamin
  • Rumah
  • Dewan
  • Hotel
Plihan warna mengikut tema majlis, pilihan dari bunga artificial atau bunga segar seperti rose, daisies, orkid dan sebagainya

Harga bermula dari RM900 dan ke atas mengikut dekorasi

=============================================
Make Up
  • Bertunang - RM 350
  • Nikah - RM450
  • Bersanding - RM 500
Termasuk perhiasan kepala (cucuk sanggul, tiara), tudung, veil

=============================================
Baju Sewa

sepasang ( lelaki dan wanita)
  • Nikah - RM 400 dan ke atas
  • Bersanding - RM600 dan ke atas
  • Persalinan - RM 150 sehelai
Set baju sewa di lengkai dengan aksesori yang sepadan. Semenda Rasa juga menerima tempahan pakaian untuk majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan mengikut citarasa pelanggan.


Songket Kebaya Moden

Songket kebaya moden, sesuai bagi hari persandingan, kami mempunyai pelbagai koleksi warna serta corak songket bagi persalinan persandingan. Semua pakaian songket dilengkapi dengan lining kain kapas (tidak panas). Kami juga mempunyai kasut tumit tinggi songket yang sepadan dengan setiap pakaian pilihan.